Diet
boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk
kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun,
bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet
tersebut berkesan.
Oleh
itu, berikut adalah senarai tips diet yang sihat dan berkesan:
Bermula Dengan Diet
Sebelum
memulakan diet, anda perlu memastikan bahawa anda sangat-sangat komited.
Dalam erti kata lain, anda perlu mempunyai disiplin dan kesungguhan untuk
mengikutinya. Demi mencapai matlamat anda.
Selain
itu, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tetap dan
mantap untuk sentiasa berusaha dan tidak berhenti separuh jalan.
Berhenti Memberi
Alasan
Ramai
orang hari ini tidak memulakan pada diet mereka kerana banyak memberikan
alasan.
Untuk
menghapuskan alasan anda, anda perlu berdepan masalah itu, dan mengakui hakikat
bahawa diet adalah salah satu penyelesaian untuk menguruskan badan.
Kumpulkan Seberapa
Banyak Maklumat yang Anda Boleh
Jika
anda telah membuat keputusan untuk berdiet bagi menurunkan berat badan,
maka anda perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentangnya.
Apabila
anda mempunyai maklumat yang tepat, anda akan mendapat petunjuk yang tepat
dalam memulakan diet. Selain itu, anda juga boleh menjadi lebih peka dengan
pemakanan dan nutrisi setiap diet anda.
Menentukan Pelbagai
Matlamat Untuk Diet
Setiap
orang berbeza, termasuklah matlamat untuk berdiet. Sesetengah orang berdiet
untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka, sesetengah orang yang lain berdiet
untuk merampingkan badan, dan lain-lain.
Atas
apa-apa sebab pun anda berdiet, anda perlu sentiasa mengingatkan diri
sendiri tentang matlamat anda itu. Hal ini supaya anda menjadi lebih
bermotivasi semasa menjalani diet anda.
Beremosi Secara Positif
Mencetuskan
emosi positif untuk menjalani budaya diet adalah cara yang baik
untuk mengekalkan momentum sepanjang amalan ini. Ini boleh menjadikan diet anda
lebih bermakna.
Anda
boleh membangkit semangat dan keinginan yang lebih dengan sentiasa melihat
diri anda di cermin, dan membandingkannya dengan gambar anda dari masa lalu.
Anda
juga akan menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai matlamat anda
melalui diet anda.
Jangan Merasakan Diet Itu Susah
Oleh
itu, anda perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mudah untuk dilakukan. kabar
diri anda, dan ambil langkah demi langkah. Jangan melakukannya dengan cara yang
mendadak, perkara ini perlu memakan masa.
Pilih Amalan Diet Dengan Betul
Terdapat
banyak program atau amalan mengenai diet yang ada hari ini. Walau bagaimanapun,
pilihan yang betul adalah salah satu kunci dalam mencapai kejayaan yang
diingini.
Selain
itu, anda juga perlu memilih program, yang telah menerima banyak testimoni atau
review yang positif daripada orang yang telah melaluinya.
Berikrar Pada Diri Sendiri
Jika
anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan diet, anda boleh mengangkat ikrar
pada diri sendriri.
Ikrar
positif bermakna anda memaksa fikiran anda berfikiran positif terhadap apa yang
anda ingin capai.
Dengan
berbuat demikian, anda boleh mempunyai pemikiran yang betul
ketika memulakan diet anda, atau meneruskannya.
Dapatkan Sokongan
Luar
Anda
tidak semestinya perlu bersendirian dalam mengamalkan diet. Walaupun
ahli-ahli keluarga anda tidak boleh mengikuti diet, mereka boleh memberikan
sokong kepada anda, supaya anda mencapai matlamat tersebut.
Sebelum
itu, anda perlu memberitahu mereka terlebih dahulu tentang diet anda. Mereka
boleh membantu anda memulakan diet (sekiranya anda belum).
Dan mereka juga boleh sentiasa mengingatkan anda tentang makanan
diet yang sesuai (sekiranya anda sedang berdiet).
Permudahkan Diet
Sesetengah
orang mungkin mendapati beberapa hari pertama diet mereka menjadi agak sukar.
Oleh itu, anda harus menyediakan satu cara penyelesaian untuk memudah diet
tersebut (untuk mengelak daripada anda fed up dan terus berhenti).
Salah
satu perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan peti sejuk anda
mengandungi makanan yang berkhasiat, sahaja. Selain itu, anda juga
digalakkan bermula diet dengan makanan sihat yang anda gemari, contohnya jus
buah-buahan.
Makan Hanya Jika Perlu
Ada
kalanya kita makan walaupun tidak lapar. Terdapat banyak faktor perkara seperti
ini berlaku, antaranya adalah tekanan (stress),
emosi, tabiat dan lain-lain.
Oleh
itu, anda perlu lebih peka sebelum makan. Anda perlu tanya diri sendiri; adakah
anda mengikut kemahuan ataupun keperluan?
Jika
anda tidak pasti, minumlah segelas air. Sekiranya tidak membantu atasi
keinginan tersebut, maka makanlah (makanan yang sihat).
Jauhi MSG (Monosodium
Glutamate)
Pada
hari ini, kebanyak makanan yang anda boleh dapati di kedai makan dipenuhi
dengan MSG. Makanan yang mengandungi bahan ini adalah
yang telah diproses.
Selain
memudaratkan badan, bahan ini juga boleh menambahkan kandungan lemak dalam
badan.
Oleh
itu, anda harus mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG.
Dapatkan Rehat yang Secukupnya
Apabila
anda mendapat rehat yang secukupnya, badan boleh menjalankan proses
pembaikian sel-sel dan tisu-tisu badan. Namun, jika badan tidak mendapat
rehat yang optimum, ia boleh menambah berat badan anda.
Hal
ini kerana kekurangan rehat boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.
Selain itu, ia juga boleh meningkat selera makan anda.
Tambah
Menu Serat (Fiber)
Anda
perlu makan makanan yang penuh dengan serat.
Serat boleh bantu mengeluar toksin berbahaya daripada badan.
Selain
itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda secara semulajadi
dengan memanjangkan proses penghadaman. Tambahan, serat juga boleh
menurunkan tahap kolesterol dalam darah anda.
Cari Program
yang Spesifik
Jika
anda ingin mengikuti program diet tertentu untuk mengurangkan berat
badan, adalah lebih baik untuk mencari paling sesuai dengan anda.
Terdapat
ramai pakar dalam bidang ini yang ingin membantu anda dalam mengurangkan berat
badan.
Peka Dengan Kalori
Demi mencapai
penurunan berat badan, anda perlu mengurangkan kadar kalori dalam
badan dan memperbanyakkan kadar pembakarannya.
Salah
satu langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa
kandungan kalori setiap makanan yang anda beli di kedai.
Elakkan Minuman
Ringan dan Soda
Soda
mempunyai banyak kandungan kalori yang boleh menambah berat anda. Walaupun
terdapat soda diet, ia masih sarat dengan kalori dan bahan kimia yang
tidak baik untuk kesihatan.
Oleh
itu, adalah lebih baik dengan tidak mengambilnya. Tumpukan
peminuman lebih kepada air masak, air mineral atau jus buah-buahan.
Makan Untuk Hidup Dan
Bukan Sebaliknya
Makan
adalah perbuatan yang anda perlu lakukan, untuk hidup. Hal ini kerana
melalui pemakanan, anda dapat membekalkan semua nutrisi yang cukup dan penting
kepada perkembangan badan.
Anda
perlu mengelak daripada berfikir bahawa anda hidup untuk makan,
kerana yang anda boleh menaikkan berat badan anda dalam masa yang singkat
(jika berfikiran demikian).
Elakkan Makanan
Segera
Sesetengah
orang menyukai memakan makanan segera, kerana mereka tidak mempunyai masa
yang cukup untuk memasak ataupun malas.
Jika
anda memeriksa jenis makanan yang dihidangkan di kedai ini, biasanya
penuh dengan lemak dan minyak.
Selain
itu, makanan ini juga yang diproses. Oleh itu, anda disarankan memasak
sendiri di rumah dan bawanya sebagai bekal di tempat kerja.
Makan Makanan yang
Rendah Kalori dan Sukar Untuk Diproses
Epal,
saderi, buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya mempunyai kandungan kalori yang
rendah. Selain itu, ia juga sukar untuk diproses.
Anda
sebenarnya memakan sesuatu dengan kadar yang sedikit, namun badan memproses (membakar)
dengan kadar yang banyak. Oleh itu, memakan makanan jenis ini dengan
kuantiti yang tepat boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
Makan Dengan Perlahan
Sekiranya
anda makan dengan cepat, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan
kuantiti yang banyak, lagi banyak dari sepatutnya. Oleh itu, adalah
lebih baik untuk makan pada kadar yang lebih perlahan
Apabila
anda mengamalkan tips ini, anda akan merasa mudah kenang. Hal ini kerana perut
anda mengambil masa lebih kurang 15-30 minit untuk menghantar isyarat (bahawa
perut sudah penuh) kepada otak.
Jangan Skip
Sarapan
Sarapan
merupakan sajian yang paling penting dalam kehidupan seharian. Oleh kerana
itu, anda sangat tidak digalakkan melangkau sarapan.
Melangkau sarapan
boleh menyebabkan masalah berat badan. Melangkau sarapan boleh
menyebabkan anda merasa terlalu lapar pada tengah hari dan memnyebabkan anda
makan secara berlebihan masa makan tengah hari.
Selain
itu, ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan anda.
Elakkan Minum Air
Semasa Makan
Minum
air semasa makan boleh menyebabkan masalah perut kembung.
Sekiranya anda sudah terbiasa, anda boleh mengurangkan mengambilan air semasa
makan secara berperingkat-peringkat.
Sebaiknya,
pengambilan minuman boleh dilakukan antara 10 hingga 15 minit selepas makan.
Kunyah Makanan Anda
Anda
perlu mengunyah makanan dengan sempurna. Kaedah ini boleh
memastikan pencernaan dan penyerapan nutrien di dalam badan anda.
Selain
itu, ini juga boleh membuat anda makan lebih perlahan (rujuk tips #21),
yang merupakan satu perkara yang baik.
Makan Sebelum Tidur
Jika
makan sebelum tidur merupakan amalan biasa bagi, pastikan bahawa anda
makan 3 jam sebelum masuk tidur.
Hal
ini kerana apabila anda tidur, tubuh mempunyai kadar metabolisma yang
lebih rendah.
Dalam
erti kata lain, jika anda tidur sebaik sahaja lepas makan, maka tubuh akan
menukarkan nutrisi yang berlebihan (daripada makanan tadi) kepada lemak.
Kosongkan Rumah Anda Daripada Makanan yang Tidak
Sihat
Apabila
anda melihat kerepek atau apa-apa jenis makanan (tidak sihat) yang
anda suka berada dalam rumah, anda akan cenderung untuk makannya. Oleh
itu, adalah lebih baik jika anda tidak membeli dan tidak menyimpannya di rumah.
Maka
dengan itu, inilah masa yang terbaik untuk anda mengosongkan almari dapur
anda daripada makanan-makanan yang tidak sihat.
Selain
daripada itu, anda perlu menggantikannya dengan makanan-makanan yang disyorkan
dalam diet anda.
Minuman Protein
Jika
anda menyukai minuman protein, anda perlu berhati-hati memilihnya. Pilihlah
minuman yang mengandungi protein whey dan bukannya protein soya.
Ini
kerana protein whey adalah lebih mudah diserap oleh badan. Selain itu,
protein whey merupakan sumber protein yang lebih baik daripada soya.
Makan Makanan yang
Pedas
Makanan
pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisma anda. Sebab itu kita
kebiasaannya berpeluh semasa dan selepas makan makanan yang pedas.
Dalam
erti kata lain, makanan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dan
kalori dengan lebih banyak. Secara tidak langsung boleh mengurangkan berat
badan.
Sekiranya
boleh, tambahlah sedikit lada ke dalam resepi-resipi makanan anda. Tips ini
adalah optional, sekiranya anda memang tidak boleh menehan rasa pedas, maka
lebih baik tidak mengamalkannya. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu.
Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran
Makan
buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah satu diet yang terbaik untuk
mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ia penuh dengan vitamin, mineral dam
enzim.
Walau
bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memakannya secara terus, tanpa
sebarang masakan tambahan atau pemprosesan. Hal ini boleh membunuh nutrien dan
enzim yang penting dalam buah dan sayur tersebut.
Tips
ini juga merupakan salah satu tips diet yang paling berkesan.
Beli Snek yang Sihat
Adakalanya anda
mahu untuk makan sesuatu yang simple, terutamanya apabila anda menonton
televisyen ataupun membaca buku. Untuk mengelakkan daripada makan makanan
ringan, anda perlu membeli snek-snek yang sihat seperti yogurt, kacang,
buah-buahan, dan sebagainya.
Dengan
berbuat demikian, anda tidak akan menambah kalori yang tidak sepatutnya
semasa menikmati snek.
By:
oktra fitra

0 komentar:
Posting Komentar